Setelah 2 bulan berlalu, baru sambut hari jadi. Itu pon sambut dekat office 😀
Kategori: Abah
The quieter you become, the more you are able to hear.
Harapan Ramadhan
Sempena kedatangan bulan yang mulia, bulan Ramadhan, saje Abah nak post satu lagu kegemaran iaitu Harapan Ramadhan (Raihan feat. Man Bai). https://www.youtube.com/watch?v=RaeS-DDl6Qw Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat ku lalui Dengan sempurna Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada Di bulan Ramadhan semula Puasa satu … Teruskan membaca Harapan Ramadhan
Sikit lagi nak 40
Mengikut kalendar Masihi, genaplah umur Abah 38 tahun hari ni. Kalau mengikut kalendar Hijrah, dah pon mencecah 39. Sikit lagi nak 40 hehehe. Apa pon nombornya, Abah tetap bersyukur masih diberikan nafas untuk menikmati kehidupan di dunia. Begitulah juga wajib bagi semua manusia di bumi ni. Cerita tentang nikmat, hari ni juga Abah dapat menikmati kek harijadi … Teruskan membaca Sikit lagi nak 40
Hampir menjadi 9
Pagi tadi, masa nak hantar Darwisyah ke sekolah, terjumpa seekor anak kucing sedang duduk di tepi dinding rumah tingkat bawah apartment. Kesian pulak tengok dia sekor-sekor kat situ. Dah la kecik lagi, takut pulak dilanggar kereta atau dibuli oleh budak-budak. Oleh kerana tak sampai hati, maka Abah dan Darwisyah bawak dia naik ke rumah. Masukkan dia dalam … Teruskan membaca Hampir menjadi 9
Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Dah lama tak solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Kebetulan hari ni cuti, maka Abah bawak Darwisy dan Danish solat sama-sama. Rasanya, ni kali pertama bawak diorang solat Jumaat dekat sini. Selalunya di Masjid Precint 11, kalau ada ke sini pon masa Raya Aidil Adha tahun lepas. Kebetulan jugak, dah lama tak memetik kamera 🙂 So, … Teruskan membaca Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Wedding of Honest Anarchy
9 April 2016, satu lagi hari bersejarah di mana kawan sekampung Abah telah menamatkan zaman bujangnya. To be honest, semenjak Abah kahwin, memang jarang sangat lepak-lepak dengan geng zaman bujang dulu. Sampai satu masa, tak pernah lagi keluar lepak-lepak di kampung. Semakin hari semakin meningkat umur dan semakin ramai yang mendirikan rumah tangga. Boleh dikatakan kawan … Teruskan membaca Wedding of Honest Anarchy
Gerhana Matahari Separa (Partial Solar Eclipse) 2016
Kebetulan sekolah Darwisy akan mengadakan aktiviti melihat gerhana matahari (solar eclipse) dengan menggunakan DIY solar eclipse projector. So, malam tadi Abah telah berjaya menghasilkannya... tapi tak tau lah jadi ke tidak. Harap-harap jadi lah 🙂 Memandangkan Abah tak pernah mengambil gambar fenomena gerhana matahari sebelum ni, maka Abah pon bercadang nak snap sekeping dua. Alhamdulillah... hari ini … Teruskan membaca Gerhana Matahari Separa (Partial Solar Eclipse) 2016
New flickr account
Setelah bertungkus lumus selama seminggu, akhirnya proses pengasingan gambar-gambar dari account flickr lama telah berjaya dipindahkan ke account yang baru. Jumlah keseluruhan file di account flickr lama adalah sebanyak 9+++ dan setelah diasingkan hanya tinggal 6++, banyak kan? Huhuhu... Anyway, tujuan mengasingkan gambar ke account baru supaya gambar-gambar family tidak bercampur aduk dengan gambar-gambar komersial (katanya...). Juga, untuk tidak … Teruskan membaca New flickr account
Fotografi Kreatif WhatTheFoo?!
Alhamdulillah, hari ni telah berpeluang hadir ke satu sesi perkongsian ilmu fotografi kreatif secara santai yang dianjurkan oleh pihak Sifoo.com "Photography talk" ini telah disampaikan oleh seorang jurugambar yang tidak asing di kalangan jurugambar tempatan iaitu Zamri Din Rasamatahati. Zamri Din Rasamatahati Seorang yang meminati fotografi kreatif dan pernah bergiat aktif dalam bidang fotografi perkahwinan. Idola beliau ialah seorang fotografer … Teruskan membaca Fotografi Kreatif WhatTheFoo?!
Anak kucing dah besar dan nakal
Sebelum ni ada post pasal anak-anak kucing ni, tapi sebelum ada nama. Sekarang dah besar sikit dan semakin nakal hehehe. Ini la dia muka-muka yang nakal tu 🙂 Goku Whitey Legolas Cherry






