Hari ni bawak DDD melawat atuk Uda yang dah tak berapa sihat, dekat kondo rakyat. Kebetulan cuti hari krismas dan lama tak berjumpa. Hari tu datang tapi atuk tu takde, makan angin ke Melaka. Alhamdulillah, dapat juga berjumpa dan bersembang panjang. Pak Long DDD yang berjiran dengan atuk pulak takde kat rumah, so boleh la spare masa tu pegi terus makan angin ke KL sekejap.
Butterfly Park KL
Ini kali ke 2 kami melawat Taman Rama Rama KL (Butterfly Park KL). Cuma kali ni datang dengan Andak DDD. Masih lagi menarik, terutama bagi budak-budak. Tapi mungkin tak berapa tepat masa melawat, sebab dah petang dan kebetulan musim hujan.
Ada yang kata, masa yang sesuai untuk datang adalah pada waktu pagi. Di mana rama-rama dikatakan aktif beterbangan.
Tiket pula masih tidak berubah, RM11 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Kalau datang dengan keluarga (2 dewasa 3 kanak-kanak), harganya pula RM34 (untung RM6).
Tunggang kuda di Tasik Titiwangsa
Destinasi seterusnya Tasik Titiwangsa. Memang dah lama tak datang sini. Kerja-kerja menaik taraf masih berjalan, so tak dapat lah nak lepak-lepak tepi tasik. Nasib baik Taman Rekreasi Kuda buka, boleh la yang datang buat aktiviti.
Tapi tak semua dapat tunggang kuda, sebab masing-masing pakai selipar 😀
Masa ni, Mama dapat tunggang sebab pakai kasut yang ala-ala Croc tu. RM1.50 satu pusingan untuk dewasa. Kanak-kanak pulak RM1.00. Ok lah sikit kalau banding masa pegi Pantai Puteri Melaka baru-baru ni. Kudanya besar, bukan kuda pony.
RSMY Best Cheese Naan
Ini kali pertama bawak DDD makan nasi beriani di RSMY Best Cheese Naan. Restoran India muslim dekat Jalan Medan Tuanku.
Tak pasti bila kewujudan kedai makan ni. Dulu masa Abah duduk Kampung Baru, selalu jugak makan area sini. Tapi macam tak perasan pulak.
Kedai makan ni agak menarik. Servis cepat walaupon penuh sesak dengan pengunjung. Tempat memasak pon nampak bersih dan terbuka untuk pengunjung tengok.
Dari segi rasa, susah nak buat perbandingan sebab 1) tak tau mana yang paling asli sebab semua restoran claimed rasa asli, 2) rasanya lebih kurang sama dengan restoran-restoran lain. So untuk rasa, Abah biasa-biasa je.
Dari segi harga pulak, macam sedikit mahal bagi Abah. Tak pasti sangat sebab jarang makan tempat macam ni. Cuba kira total kat bawah ni hehehe…
- Beriani hydrabad x1 (RM17)
- Beriani tandoori x1 (RM17)
- Extra cheese nan x2 (RM16)
- Teh O ais x1 (RM2)
- Milo Oreo x2 (RM11)
Oh ya! Cheese nan tu takde kuah. Kalau nak kuah, kena tambah RM1 untuk 1 mangkuk kecik.
Masjid Negara
Kalau nak balik sekarang, takut tak sempat nak solat Asar. Alang-alang dah dekat KL ni, singgah la kejap ke Masjid Negara. Boleh bawak budak-budak sekali tengok dalam Masjid.
Sebelum ni pernah datang ke sini. Kali ni datang, masjid tengah menjalankan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf. Ada la beberapa area yang tak boleh masuk. Tempat wudhu yang di sebelah pagar utama pon ditutup. Kena pergi ke tempat wudhu yang lagi satu. Agak jauh dari tempat kami parking kereta.
Budak-budak kalau sampai masjid, biasalah akan main 😀
Cuma kena tengok-tengok, sebab luar masjid ni kan ada banyak tiang.
Sampai sini dah dekat pukul 7. So alang-alang kami stay sampai solat Maghrib. Lepas je solat, sedih la Darwisyah sebab nak berpisah dengan kakak Mia. Macam la dah setahun tak jumpa 😀
