Sabtu dan Ahad lepas, telah berangkat anak+menantu+cucu arwah Mat Jaini ke Melaka atas urusan pertunangan Rezza (sepupu DDD).
Maka dengan itu, secara automatik Abah telah terlantik menjadi jurugambar merangkap juruvideo yang tidak berupah 😀
Tapi takpe lah, buat amal jariah dengan keluarga hehehe…
Kali terakhir jadi jurugambar masa Taty kahwin bulan 9 yang lepas. Selesai je majlis tu, kamera buat hal. Charger tak jalan, penutup bateri kamera patah huhuhu. Terpaksa cari spare part cap ayam dulu dekat Lazada.
Majlis tunang tu sekejap je. Bertolak dari KL pagi Sabtu, tengah hari yang sama terus merombongankan diri ke majlis pertunangan. Habis je sarung cincin, melantak lah apa lagi? 😀
Malam Sabtu pulak, semua bertandang dekat homestay sebab masing-masing nak tonton perlawanan Piala AFF. Malangnya, Malaysia tewas kepada Vietnam huhuhu… Lepas tu terus tidur dengan harapan mendapat mimpi indah 😀
Memandangkan cutinya singkat, maka masa tidak disia-siakan begitu sahaja. Sebelum balik ke KL, singgah sekejap ke Pantai Puteri. Memang tak jauh dari homestay dan tempatnya boleh tahan juga menariknya. Terutamanya budak-budak lah, sebab boleh main air laut dan tunggang kuda di persisiran pantai. Jangan kata kuda, UNTA pon ada!
Lepas berterik dekat tepi pantai, cadangnya nak lepak Klebang Original Coconut Shake. Tapi terpaksa batal cadangan sebab manusia telah membanjiri dan berpusu-pusu beratur nak mendapatkan coconut shake. Nasib baik Abah dan Mama dah pekena senyap-senyap petang Sabtu 😀
Maka dengan itu, rombongan ke Melaka secara rasminya tamat dan masing-masing memandu pulang ke KL dengan harapan tiada kesesakan lalu lintas di lebuh raya 😀
One thought on “Rombongan pertunangan Rezza di Melaka”