Setelah beberapa minggu Mama membuat perancangan untuk ke rumah Mak Su DDD di Johor, maka minggu cuti persekolahan bulan March telah dipilih menjadi waktu yang sesuai.
Johor, Day 1
Bertolak dari Putrajaya hari Sabtu, lebih kurang jam 9:00 pagi, tiba di Jalan Besar (sebelum Ayer Hitam) lebih kurang jam 1:00 tengah hari. Singgah kejap di restoran Kari Kambing 40 Hari, memang tepat timing untuk lunch 🙂
Dari cerita orang, makanan di restoran ni sedap dan berbaloi. Well, mereka betul. Dengan harga RM12 sepinggan (kambing / ayam), boleh makan untuk 2 orang. Kalau ambil satu dulang RM45 (ayam / kambing / campur), boleh makan untuk 5-6 orang… percuma pulak satu jug air sirap. Masa tu order satu dulang campur, siap boleh bungkus ada lebihan hehehe. Dari segi rasa pulak… mmmmm… NYUM! NYUM!
Ada jugak orang cerita layanan kurang mesra, bagi aku, so-so… kena faham, kenapa?
- Terlalu ramai orang nak dilayan
- Lain orang lain kerenah
- Dah buat papan tanda beratur (pinggan kiri & dulang kanan), masih ramai main redah je
- Terpaksa jerit-jerit sebab suasana bising
- Dan lain-lain
Rasanya ok je layanan mereka, ada orang akan assist kalau kita tanya baik-baik 🙂





Selesai lunch, bergegas semula ke destinasi… tapi singgah dulu satu destinasi lain di Ayer Hitam (Jalan Batu Pahat) iaitu… kedai Putu Bambu Juriah
Rupanya, ramai orang berjual putu bambu di Johor ni… pergi ke mana-mana memang boleh jumpa. Harga pulak agak berbaloi dengan rasanya. RM3.50 untuk 6 ketul…

Lepas beli putu bambu (4 bungkus hahaha), perjalanan diteruskan…

Dan akhirnya tiba lah di destinasi lebih kurang jam 3:00 petang… ada la lebih kurang 6 jam perjalanan, rasa macam nak patah pinggang hahaha. Aktiviti seterusnya adalah membaringkan diri dan melelapkan mata 😛